TEMPAHAN TUDUNG DUANG

Untuk tempahan Tudung Duang sila hubungi maklumat di bawah
Kak Ida, No H/p : 016-8386453
Kg Sembirai, Jalan Port Usukan, 89158 Kota Belud, Sabah

2010 Hak Cipta Terpelihara.
TudungDuang.Blogspot.Com

Friday, November 5, 2010

Tudung Duang-Warisan Kesenian Masyarakat Bajau Kota Belud

Tudung duang merupakan hasil kraftangan masyarakat bajau Kota Belud Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun serdang, daun kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripada daun serdang yang disalut dengan kain baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum ia dibentuk dan dianyam.

Kegunaan tudung duang adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Tudung Duang juga dijadikan sumber ekonomi bagi penduduk di kawasan luar bandar melalui industri desa (cottage industry). Melalui industri desa juga pendapatan penduduk luar bandar dapat ditingkatkan. Malah ada juga masyarakat Malaysia yang menjadikan tudung saji yang berbagai saiz sebagai hiasan di rumah masing-masing.

Pada masa ini terdapat tudung duang atau tudung saji yang diperbuat daripada plastik. Ia diperbuat secara komersial dalam industri pembuatan plastik. Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk (empat segi, bulat, bujur) dengan pelbagai warna. Keadaan ini mewujudkan penggunaan tudung duang atau tudung saji tradisional masyarakat bajau kota belud semakin pupus.

5 comments:

  1. SELAIN TUDUNG DUANG DIGUNAKAN SEBAGAI TUDUNG SAJI APA LAGI KEGUNAANYA

    ReplyDelete
  2. BOLEH JELASKAN SECARA TERPERINCI MENGENAI KEGUNAAN TUDUNG DUANG PADA ZAMAN DAHULU

    ReplyDelete
  3. BOLEH JELASKAN SECARA TERPERINCI MENGENAI KEGUNAAN TUDUNG DUANG PADA ZAMAN DAHULU

    ReplyDelete
  4. SELAIN TUDUNG DUANG DIGUNAKAN SEBAGAI TUDUNG SAJI APA LAGI KEGUNAANYA

    ReplyDelete
  5. Tudung duang 2 kegunaan.. 2 in 1. Pertama untuk menutupi makanan drpd bendasing. Kedua jika ditebalikan tudung duang buli digunakan untuk sebagai alat untuk mengangkat barang (dipegang/atas kepala). Masakini tudung duang turut dijadikan sebagai cenderahati atau perhiasan

    ReplyDelete